Buah hati ku !

Tuesday 21 June 2011

7 novel paling popular alaf 21 jadi drama dan telefilem

Sekarang macam dah jadi trend novel-novel yang gempak akan diadaptasi ke layar perak, tak kiralah sama ada dalam bentuk drama, telefilem atau filem. Filem yang diadaptasi dari novel popular antaranya Ombak Rindu dan Lagenda Budak Setan. Siap dijadikan drama bersiri lagi Lagenda Budak Setan ni. Kalau ada yang tak tahu, Global Station Sdn Bhd yang penerbitnya kakak ipar Siti Nurhaliza tu akan menerbitkan telefilem dan drama bersiri yang diadaptasi daripada 7 novel popular Alaf 21.

7 novel yang popular ni merupakan antara 10 novel terbitan Alaf 21 yang mencatat jualan tertinggi melebihi 80 000 unit. Mengenai pemilihan 7 novel ini semestinya berdasarkan populariti selain jalan cerita yang berbeza-beza, menarik dan sarat dengan pengajaran. 7 novel popular yang dimaksudkan antaranya JauhManisnya CintaKau Yang SatuTiada Yang KeduaKau UntukkuBayangan Rindu serta Adam dan Hawa. Semuanya akan ditayangkan menerusi saluran Astro Warna dan Astro Citra. Nampaknya kalau nak tengok 7 cerita ni kena langgan pakej Mustika.
Dalam semua 7 novel ini, 6 daripadanya akan diadaptasi kepada telefilem manakala yang satu lagi novel Adam dan Hawa akan diadaptasi kepada drama bersiri. Kumpulan indieHujan akan menghasilkan lagu tema untuk drama ni nanti. Ada 3 novel Aisya Sofea dan 2 novel Anis Ayuni yang termasuk dalam list ni. Aisya Sofea dan Anis Ayunimerupakan Top 5 Novelis Popular Alaf 21 ataupun lagi best kalau dipanggil Golden Writers.

 So, tunggu dan nantikan saja hasilnya yang akan ditayangkan. Sama ada 100% ikut jalan cerita dalam novel atau akan ada changes. Agak-agak bila pulaklah novel epik thriller karya Ramlee Awang Murshid pasal perjuangan Laksamana Sunan nak difilemkan? Sure gempak habis kalau difilemkan....

No comments:

Post a Comment