Buah hati ku !

Monday 10 February 2014

Dilema lepas habis spm ! a.k.a stresss !




Assalamuilaikum sahabat ! rasa nya dah lama niza tak update kat blog nii, hari ni niza just nk cerita sedikit tentang diri niza yang sekarang ni niza tgh dilema a.k.a stress dlm memilih bidang2 untuk sambung belajar kat u.. ermm.. ( dilema lah sgt kan :p ) haha..niza sbrnya  tk thu nk ambil bidang ap .. hmm selalu nya org kata kalau nk masuk u  kita kna pilih betul2 bidang ap yang kita nk dan minat because bidang yg kita pilih tu yg akn .menentukan kerjaya kita pd masa yang akan datang.
                    Hmm pada suatu hari tu niza tnya lah pandapat kat family niza., and suruh family suggest kn bidang or kejaya kat niza dari abah hingga adik ad bg pndapat diorang yg berbeza2 dan pesanan penaja ahhahaha... kata emak niza dia nk niza jadi nurse sbb bagi mak nizamasa akn dtg senang kalau mak sakit niza boleh bantu mak dgn abah. Hmm mcm best jugak tu..(^^) . bila tnya abah  ... abah kata ikut suka hati niza abh sokong jer janji bidang tu niza minat... hehe bila abah kata mcm tu niza lg pening la...(sbb niza sndiri pun tk thu ap yg niza minat ) bila tnya kat along ... along buat muka do no je -.- .dia hanya pesan pilih betul2.. jgn nty blajar sekerat jalan  pastu nk tukar bidang lain pulak.. kan dh bazir masa ....(btoi jugak ap yang along kata tu ..!)bila niza tanya angah ... angah suruh niza jadi polis ... angah kata hg tu dah lah punya sifat kelakian bila gaduh dgn org lepas tu garang semacam je... sesuai la tu polis dgn hg sbb tggi dh cukup badan pun tegap... hahaha (bila angah kata mcm tu niza just gelak ja) . hmm polis ?  bila fikir balik kan antara polis and tentera udara ... tentera udara lebih best ..hahah. lepas tu niza tnya la abg acun agk2 niza ni nk blajar bdg ap er ? abg acun jawap hang belajar la bidang filem niy ...(niza ternganga jap) alasan abng cun ...hang kan minat tgk drama kat tv tu...smpai org nk tukar siaran pn tk boleh...hg belajar la bdg tu mana tau satu hari adik2 and abg acun boleh blakon dlm filem hang....( pendapat abg acun mmg buat niza and mak gelak ) hehehe... bila niza call abg min yg ada kat sarawak tnya pasal  bdg ap yg niza nk....abg min kata suka hati hg la... hg tu kalau lempar kat mana pun boleh hidup.. ( maksud abg min niza nni jenis tk kisah sgt benda2 apa2 pn niza boleh buat ...(pendapat niy mmg tk leh pakai) ...bila tnya kat kak ida dia suruh sambung belajar dlam bidang art a.k.a seni...pastu boleh jadi cikgu seni.. (kak ida kata mcm tu sbb dia thu yg niza minat dlm melukis)... hehe  . ok jugak tu... heheh ,bila tnya adik niza yg umur 15 dia suruh niza jadi pereka fesyen ..... ( tak minat ... heheh cadangan ni out ) bila tnya adik niza yg umur 13 tnpa berfikir dia terus suruh niza jadi paramugari....! (candangan ni lagi la hampeh ! )^^ ......
                          Hmm , so sampai sekarang niza masih tk thu nk ambil bdg ap ? Ngee...
ok lah smpai sini je lah niza tulis ....dh tk larat pandang laptop niy... sakit mata !

p/s : kepada sahabat2 yg mempunyai masalah mcm niza ni.. kita perlu fikir btoi2..hahaha ^^ 


WANITA :- AKAL SENIPIS RAMBUTNYA


Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya... 

Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah . ^^