Buah hati ku !

Thursday, 19 May 2011

jika aq mati esok....??

Kehidupan ni bukan sama macam novel, tak sama macam drama swasta dan bukan juga mimpi. kehidupan ni, bagi aku suatu pengembaraan yang sangat jauh, yang kita tak tahu di mana hujungnya dan kita tak tahu apa yang menanti kita di hadapan, mungkin bukit bukau, mungkin hutan belantara, mungkin jalan yang berliku-liku dan jika bernasib baik, mungkin di hadapan kita suatu pemandangan yang indah sedang menanti, tiada siapa tahu kecuali Dia.

Walau apa pun, dengan ilmu dan pengalaman yang sudah, sedikit sebanyak kita dapat meramal apa yang berlaku pada keesokan hari. bila kita berilmu, kita tahu, usaha kita yang macam ni, apa akibatnya nanti? bila berilmu, kita sedikit sebanyak boleh merancang perjalanan kita supaya menjadi lebih mudah dan membuahkan hasil yang positif. begitu juga dengan pengalaman, bila kita dah lalui sesuatu peristiwa, dr situ kita bleh belajar dan insyaAllah di kemudian hari kita tak akan ulangi kesilapan yang serupa lagi..

Kehidupan aku pulak bagaimana yer? kadang2 aku terfikir, alangkah bagusnya kalau aku ada penyakit kronik sperti kanser, leukimia which is aku tahu aku bleh hidup sampai bila dengan izin Allah..setidak2nya aku sempat utk bersedia, bertaubat banyak2, sedekahkan semua apa yg aku ada kpd yg berhak dan aku tak mahu fikir bnda lain lagi selain dr Allah. baca quran banyak2, solat sunat etc etc..

Kadang2 aku terfikir, supaya Tuhan segera ambil nyawa aku sebelum aku sempat berbuat sebarang apapun yang boleh merosakkan aku. aku takut. aku tak cukup kuat dan aku takut aku melupakan Allah. aku takut..dan doa aku, sebelum sempat aku membinasakan diri aku, memusnahkan diri aku, mengingkari suruhan Allah, cabutlah nyawa aku..aku lebih rela aku mati daripada hidup melakukan kemaksiatan dan mengingkari suruhan Allah..aku rela mati. tak guna hidup seribu tahun tapi tiada apa amalan dan bekal yg bleh aku kumpul melainkan dosa, naauzubillah..ya Allah, bimbinglah hati aku ini. dekatkan aku kepadaMu..aku takut seksa api neraka, aku takut jadi hambaMu yang derhaka, aku takut.

Jika aku mati esok, apa yang aku nak buat? entahlaa...tp, aku sgt berharap, semoga hidup aku dan mati aku adalah dalam keadaan beriman. dunia ni sementara, akhirat itu yg kekal..semoga Allah berikan hidayah dan petunjuk kepada Aku supaya jadi hamba yg solehah..amin.

No comments:

Post a Comment